Apa itu typo?

Kamus Typo!  merupakan sebuah blog yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang kini sedang menuntut di sebuah universiti awam di Malaysia. Di dalam blog Kamus Typo! ini, terdapat koleksi-koleksi perkataan typo! dan percakapan typo! yang seringkali diguna dan dituturkan oleh anda, rakan anda, keluarga anda mahupun sesiapa sahaja yang lahir di muka bumi ini terutamanya di Malaysia.

Typo! merupakan singkatan bagi kesalahan typographikal yang seringkali digunakan oleh manusia dalam ejaan ayat sama ada disengajakan atau sebaliknya. Orang yang selalu typo! digelar typophile.  Anda boleh rujuk entri ini [link] berkenaan maksud typo! serta contoh penggunaannya dalam kehidupan harian.

Tujuan Kamus Typo! diterbitkan bukanlah untuk mengenakan atau mengaibkan mana-mana pihak. Tidak sama sekali. Sekadar dibuat untuk mengumpulkan koleksi-koleksi perkataan typo! serta percakapan typo! yang pernah/selalu digunakan oleh anda, rakan anda, keluarga anda mahupun sesiapa sahaja di dunia ini terutamanya di Malaysia.

Segala watak, tempat dan segala apa kandungan yang terdapat di dalam blog Kamus Typo! ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Sekian, terima kasih. Enjoy your typo! word exploration here guys!!! :)

oleh : Admin!

0 komen atau cadangan?:

Post a Comment

Komenlah apa sahaja. Anda juga boleh menambah cadangan anda bagi maksud lain bagi perkataan diatas. (^_^)


1)Kepada pelawat baru, untuk mengetahui cara menambah perkataan typo! terbaru anda bolehlah rujuk entri ini [link] sebelum anda menambah perkataan typo!
2)Selain itu anda juga boleh request sebarang perkataan typo! di sini. REQUEST!