harhar

1) Menunjukkan gelak perli atau paksa.

Dollah : Bla bla bla. Dan akhirnyew si Ahmad jatuh longkang!
Zaki : Ouh, okey.
Dollah : Kelakar tak cite aku?
Zaki : Harhar, harhar, HAR HAR HAR.

okeyh

   1) Seerti dengan perkataan okey atau ok.

"Okeyh memang terbaik ah assignment dah siap do!"  

ma

1) Mak atau mama. Biasanya digunakan oleh anak manja.

Manja : Ma ooo ma, Mama!!
Mama : Ya anakku nak ape?
Manja : Nak cucu ma, boleh?
Mama : Astaghfirullah anak aku kecik lagi dah pandai nak ada anak.
Manja : Bukan cucu lah ma, susu Dutch Lady la.
Mama : Oh cakaplah susu kan senang.
Manja : =,='

2) Bahasa pertuturan kebanyakkan remaja sekarang.

"Bro, guwa kalau tak dapat barang tu malam ni jugak tak boleh ma!!!"

tape

1) Tidak mengapa dalam bahasa baku. Lebih dikenali sebagai tak apa, takpa atau takpe.

"Kalau kau tanak belanja aku tape ah. Cemni la kan member."
2) Selalu disalahertikan dengan perkataan dalam Bahasa Inggeris iaitu salotep.

Si A : Ada ape-ape yang aku boleh tolong?
Si B : Tape lah.
Si A : Kejap-kejap aku tolong salotepkan.
Si B : Eh eh bukan bukan. T_T

ek

1) Bermaksud ke(soalan). Biasanya digunakan oleh orang Johor.

Budak 1 : Koi budak baru kat sini.
Budak 2 : Ouh kau asal Pahang ek?
Budak 1 : Aah. Aok? Johor? Ek? Ek? Ek?

koek

1) Korek dalam bahasa budak-budak kecil. Atau bahasa manja. (credit : Unie)


Abang : Eyh janganlah korek hidung tu depan semua orang.
Adik    : Boo! Nak koek jugakkk. =P
2) Campuran antara "kau" dan "ek" yang selalu digunakan. Berlaku apabila butang keyboard "space" tidak digunakan sama ada secara tidak sengaja atau memang sengaja. (credit : Yoe)

Ohh tu bapak koek? Macham garang je. Tengok misai pun dah tahu.

ah

1) Juga membawa maksud "lah".

Mama : Abu nak ikut ma pegy karaoke?
Abu    : Tape ah.
Mama : Ape? Abu cakap "ah" kat ma tadi, sampai hati.
Abu    : ..... =,='

Suka hati ah nak call sape pong! Yang kau sibuk nak tahu pehal?

ai

1) I, aku atau saya . Perempuan gedik selalu menggunakannya.

Gewdiks girl : Ai nak pegy saloon ni yu nak itot?
Budak lelaki : Erk? Takpe ah.
Gewdiks girl : Ouh okeyh yu! ^.^

2) Sapaan kepada seseorang.

"Ai, hang nak pi mana?"